Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang
berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar
oleh beliau suara orang yang mengeluh
dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai,
alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada
seorang pun yang lebih malang
dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi
atau makanan pun di kerongkongku
sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang
belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa
kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak
diberikan kepada orang itu. Sebaik saja
dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang
kepada si malang
tadi lalu meneruskan perjalanannya.
Dalam pada itu, si malang
berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari
mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa
membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis
kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu,
kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada
kemurahan Allah dan cubalah bermohon
kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan,
tetapi berusahalah terus."
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah
melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah
Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan
Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar
untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini.
Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai
untung nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah
pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar
jendela itu, lalu dia pun meneruskan
perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu.
Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu
tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara
bermohon, bukan demikian cara berikhtiar
dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran
dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha
Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk
keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana
kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang
hidup tidak perlu atau disuruh duduk
diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan
orang yang malas bekerja. Allah tidak
akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan
yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya
Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa.
Nah…carilah segera pekerjaan, saya
doakan lekas berjaya."
Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung,
dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar
dan berusaha.
Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari
rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah
mengikut peraturan-peraturan hidup
(Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat
itu.
Dalam Islam tiada istilah pengangguran,
istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita
untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar
kita tersadai di tepi jalan.
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking