Dalam sebuah kitab Imam
Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk
dalam suraunya sambil membaca kitab
az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S.
berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik saja Nabi Daud
selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.
Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata
kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah
mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala
ilaha illallahu wallahu akbar' setiap
hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya
membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin
annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak
1000 kali.
Setelah ulat merah itu
berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang
dapat kamu katakan kepadaku agar aku
dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud
menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia
sangat takut kepada Allah S.W.T. maka
Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para
Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan
segera mereka akan bertaubat dan menyerah
diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi
bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak
memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang
sama-sama kita tumpangi ini.
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking