Pada suatu hari ketika 'Uzair
memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya
telah terpesona serta tertarik untuk
memikirkan rahasia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik
buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga
keledai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sadar
bahwa dia telah berada di suatu daerah
yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.
Setelah dia sampai ke daerah itu dilihatnya
kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa
sama sekali. Di tapak atau bekas
runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk
serta hancur. Melihatkan pemandangan yang
mengerikan itu, dia pun turun dari keledainya dengan membawa dua
keranjang buah-buahan. Manakala keledainya itu ikatt di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah
yang sudah runtuh bagi melepaskan lelahnya. Dan pada waktu itu, fikirannya mula
memikirkan mayat manusia yang sudah
busuk itu.
"Bagaimana
orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali
di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya
sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur
itu, dia seakan-akan bertemu dengan
semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar
biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun
selama seratus tahun lamanya.
Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di
sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang
telah didirikan. Dalam masa seratus
tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal 'Uzair tetap terus tidur
tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur
dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.
Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging
dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya
masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan
ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri
seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia
mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.
Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa
malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau
tidur?"
Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab,
"Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari."
Lalu malaikat pun berkata kepadanya,
"Bahwa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah
engkau berbaring, berhujan dan berpanas
matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik.
Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat
keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah
busuk."
Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan
perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat
menghidupkan kembali orang yang sudah
mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah
itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk
diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan
kepada engkau supaya iman engkau tetap
dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau
dan manusia-manusia lain tiada syak dan
ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat
itu."
Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya
yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya
bahwa Allah itu adalah berkuasa ke atas
tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu
dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu
hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair
pun berkata, "Sekarang tahulah saya
bahwa Allah berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil
keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan
yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati
apa yang pernah dilihatnya seratus tahun
dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke
rumahnya. Sebaik saja dia sampai di situ, dia
mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah
habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas
dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?"
"Ya," jawab perempuan itu.
"Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada
didengar berita tentangnya lagi sehingga semua
orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya
selain kali ini saja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.
'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan
pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekrang
saya sudah dihidupkan oleh Allah
kembali."
Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak
percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah seorang yang paling
soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh
Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit
tenat." Sambunya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata
saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan
ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan
kepada Tuhan suaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan."
"Uzair pun mendaha kedua belah tangannya
ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang rua itupun terbuka
dan dapat melihat dengan lebih terang
lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda.
Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun
berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya
itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang
ramai, bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan
dirinya bahwa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus
tahun yang lalu.
Berita itu bukan saja mengejutkan bangsa
Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau
bagaimanapun berita itu menarik
perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji
kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih
ingat bahwa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda
itu. Kalau ada benarlah dia
'Uzair."
Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu
percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan
bukti yang lebih nyata, maka mereka
berkata kepada 'Uzair, "Bahwa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa
dan negara Israil dan setelah tentera tersebut
membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang
hafal isi Taurat kecuali 'Uzair saja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul."
'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu
dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu
barulah mereka percaya bahwa sungguh
benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahwa dialah
'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual
oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan
'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh
menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak
samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua
makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan
Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah
yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan
sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan
Allah, ubatnya hanya satu saja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an,
was-was terhadap kekuasaan Allah itu
hanya datangnya dari syaitan.
Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam
kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal kita untuk berfikir.
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking