Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh
bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa
akan naik ke Bukit Tursina. Di atas
bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah
akan menjawab pada waktu itu juga.
Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada
Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan
aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama
orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa
turun dari Bukit Tursina dan terus
berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam
perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke
tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di
situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam
beliau dipersilakan masuk dan duduk di
ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk
ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar
sambil membawa seekor babi betina yang
besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?, kata Nabi Musa
berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan
baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian
dihantar semula ke dalam bilik. Tidak
lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan
yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan
dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan
penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi
Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid",
jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat
begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka
telah melakukan dosa yang besar, Allah
telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka
dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan
kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku
sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",
sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar
mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi
manusia yang sebenar, tetapi Allah masih
belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu
kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu
di Syurga nanti, hasil baktinya yang
sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa
babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami
naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud :
"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka
Kami angkat doanya. Tempat kedua
ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam
syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke
syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat
dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan
ibunya seperti babi. Mudah-mudahan
ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai
kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka
dengan penuh kasih sayang sebagaimana
mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka
lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada
Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita
diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua
ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan
oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan
bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada
kedua ibubapanya ialah dengan doanya
supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam
akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA
IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking