Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum
Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi
dialog menarik antara Saad bin
Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan
seperti itu tidak terlalu mengherankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk
membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada
anaknya, "Wahai anakku, aku akan
keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan
anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah
berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar
daripada keinginanmu. Engkau telah
berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan
tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya,
"Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku
berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau
meminta sesuatu yang lain padaku,
sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang
Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku,
apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun
aku, maka dahulukan aku untuk
berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai
ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian
antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan
bahwa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun
turun ke medan
Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi
Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya saja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata
sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar.
Lantaran inginnya aku harus mengadakan
undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati
syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di
dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami
di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi
Allah aku rindu untuk menemaninya di
syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah
bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking