Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak
berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat
turun dari langit lalu yang satu berkata
kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun
ini?"
Jawab yang lain, "Enam ratus
ribu."
Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak
yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang
diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia
tidak dapat berhaji, tetapi diterima
hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya
Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar
percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat
ke Damsyik mencari orang yang bernama
Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya,
keluarlah seorang lelaki dan segera ia
bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya,
"Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang
sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin
berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang
tiga ratus diirham dari pekerjaanku
membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang
isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan
itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada
wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka
rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana
itu aku keluar mencari makanan untuk
mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku
potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk
masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan
kamu."
Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera
kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada
jiranku tadi seraya menyuruhnya
membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya
itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu
rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa
membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di
dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah
tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk
syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang
yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah,
bagaimanakah akan aku ketahui bahwa aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada
tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik
dan bila mereka berkata engkau jahat,
maka engkau sebenarnya jahat."
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking