Dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah
datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.
kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat,
lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah.
Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak
meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan
cakap bohong?"
"Ya, saya
berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke
rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum
lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat.
Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi
dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia
sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang
dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku
hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya
terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau
berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.
Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat
jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah
hatinya berkata :
"Kalau aku
berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya.
Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh
Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah
yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang
dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya
menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu
lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah
berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan
oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke
akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking