Free Flower Color Change1 Cursors at www.totallyfreecursors.com
mutmainnah syam: AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

daun

Donderdag 06 Junie 2013

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT




  Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W  memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
  Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang  sangat memerlukannya."
  Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :  "Siapakah kamu?"
 
 Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di  waktu siang hari."
  Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang  pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan  mahkota di atas kepalanya.
  Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya  bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
 
 Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
 
 
 

Geen opmerkings nie:

Plaas 'n opmerking